*Buatlah kajian perbandingan harga pakej percutian yang ditawarkan. Biasanya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Jangan mengejar yang termurah kerana dikhuatiri ia gagal memenuhi kehendak anda. selaraskan bajet dengan pakej yang mahu dipilih.

*Bagi mengelakkan anda daripada tertipu dan sebagainya, anda harus memastikan latar belakang agensi pilihan. Lihat review dari guest2 yang lepas2(jika ada)

*Walaupun semua urusan pengangkutan diuruskan oleh agensi, anda harus mengambil tahu tentang s jenis perjalanan yang disediakan oleh agensi anda.  Kadang-kadang ada sesetengah syarikat akan mengenakan kos-kos tambahan yang tidak relevan atau ia ditambah secara ‘tersembunyi’ oleh agensi anda.

*Ambil tahu tentang lokasi penginapan anda ketika bercuti.

*Kenal pasti cara bayaran yang dibuat sama ada menggunakan wang tunai, kad kredit, bayaran atas talian, dan sebagainya.

*Sebelum membuat sebarang bayaran kepada agensi pelancongan, pastikan tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan. Ini adalah cara paling mudah bagi agensi pelancongan untuk menuntut bayaran lebih daripada anda.
* Sebaik2 nya lakukan urusan dengan bukti seperti resit dan invoice sebagai rujukan kita.Jika ada apa2 caj tambahan,rujuk pada invoice terdahulu sebagai bukti.
 Semoga percutian anda akan menjadi kenangan yang terindah

Sumber: http://libur.karangkraf.com/tip-memilih-agensi-pelancongan-terbaik-1.327099