Istana Basa Pagaruyung

Istana Basa Pagaruyung
Hubungi kami 0126665436 untuk bersama merasai keindahan Ranah Minangkabau

Monday 2 December 2013

INFO...Panduan memilih pakej melancung....Jangan Tertipu!

Kebanyakkan kita memilih pakej berdasarkan harga.Yang paling murah pastinya itulah pilihan kita.Tetapi adakah kita terfikir dan selidik travel ejen yang kita ambil tu benar2 sah dan berlesen?Sebenarnya ada segelintir travel ejen yang mengambil kesempatan dengan menawarkan harga murah pada kita,tetapi tanpa kita sedari sebenarnya mereka adalah umpama "prebet sapu" sahaja.Tiada lesen dan tiada apa perlindungan insuran jika berlaku apa2 yang tidak diingini disana nanti.
Memang diakui mereka menawarkan harga yang lebih murah sedikit dari ejen2 yang berlesen kerana mereka tidak terikat dengan undang2 syarikat.Tetapi risiko yang terpaksa ditanggung oleh pelancong itu sendiri nanti jika berlaku kemalangan atau apa2 yang tidak diingini disana nanti.Mereka akan lepas tangan dan kita akan menanggung segalanya.
Pernah terjadi sekeluarga yang terlepas flight gara2 supir lambat hantar ke airport.Bila sampai ke Airport flight dan berlepas...supir tak akan bertanggungjawab dan lepas tangan.Nak rujuk pada travel ejen,tapi tak ada ejen.Akhirnya terpaksa minta tolong keluarga kirim duit untuk sewa hotel dan beli tiket yang 3 kali ganda mahalnya.Inilah akibatnya jika kita hanya mengharapkan pakej murah.Akhirnya rugi beribu-ribu ringgit...
Sekadar berkongsi pengalaman....

No comments:

Post a Comment