Istana Basa Pagaruyung

Istana Basa Pagaruyung
Hubungi kami 0126665436 untuk bersama merasai keindahan Ranah Minangkabau

Wednesday 1 January 2014

TIPS DAN PANDUAN SEBELUM BERCUTI KE LUAR NEGARA.

Sekadar berkongsi……… TIKET Beli secara berkumpulan dan dapatkan harga promo yang terendah dan jika boleh plan seawall mungkin kerana harga tiket akan manjadi semakin mahal bila tarikh perjalanan semakin dekat. Dapatkan harga promo dari mana2 syarikat penerbangan. PASSPORT Pastikan passport sah sekurang2 nya lebih dari 6 bulan semasa tarikh travel. Ini penting kerana banyak negara memerlukan passport perjalanan adalah melebihi dari 6 bulan dari tarikh anda memasuki negara tersebut. Elakkan masalah diluar jangkaan. LOKASI Pilih lokasi yang menajdi tumpuan dan banyak tempat yang boleh dilawati.Jangan pilih lokasi yang terlalu sesak system jalanrayanya kerana ia akan merugikan masa kita nanti.Pilih juga lokasi yang menarik dengan surf di Internet dan di forum2 yang banyak memperkatakan tentang tempat2 tersebut. PAKEJ Buat tempahan pakej seawall mungkin.Jika boleh dating dengan secara berkumpulan kerana ia akan lebih menjimatkan anda.Pastikan pakej adalah yang terbaik dan memudahkan anda semasa disana.Hotel,transport,makan dll seharusnya termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Pastikan juga tiada caj2 yang tersembunyi semasa anda membuat tempahan tersebut. INSURAN PERJALANAN Beli insuran perjalanan anda siap2.Ini adalah sebagai perlindungan jika terjadi sebarang masalah atau apa2 pada anda disana nanti. Kebanyakkan pakej dan ejen juga ada menyediakan insuran dengan bayaran yang tertentu. Ada juga ejen yang menawarkan insuran sekali dengan pakej yang mereka tawarkan.Ini adalah lebih baik. HOTEL Pilih hotel yang dekat dengan tempat tumpuan orangramai dan memudahkan anda untuk mencari keperluan harian.Jika boleh,cari hotel ditengah2 pusat Bandar dan mudah jika nak kemana dengan berjalan kaki sahaja. Kebanyakkan kita akan memilih hotel yang 4* utk bercuti.Sebenarnya adalah rugi bagi anda. Ini adalah kerana hotel adalah tempat untuk kita tidur sahaja.Masa banyak kita habiskan dengan travel dan malam sahaja balik ke hotel untuk mandi dan tidur.Tak perlulah memilih hotel yang mahal2 hanya untuk tidur selam 9 jam sahaja. Lain lah jika untuk honeymoon. WAKTU PERCUTIAN Pilih waktu yang bukan peak session untuk mendapatkan harga pakej yang murah.Kadar pakej akan berubah jika waktu tersebut adalah peak session kerana harga hotel dan transport akan naik mendadak disebabkan ramai pelancong akan menggunakan kemudahan tersebut. MATAWANG Pastikan anda menukar duit ke mata wang asing di lokasi tukaran wang asing yang menawarkan nilai yang tinggi. Elakkan membuat tukaran di lapangan terbang kerana nilai yang ditawarkan lebih rendah berbanding lokasi lain. TEMPAT LAWATAN Pasatikan tempat yang ingin anda kunjungi nanti beroperasi.Jika tidak,kita memang rugi kerana tempat yang ingin kita pergi tidak dapat untuk dilawati. TELEFON Elakkan roaming.semasa bercuti ker luar negara. Kos yang berlipat kali ganda akan dikenakan oleh TELCO.Terbaik adalah beli sim kad Negara tersebut dan gunakan untuk panggilan yang penting atau utk memberitahu lokasi semasa anda kepada mereka2 yang patut tahu anda dimana. UBAT-UBATAN Bawa ubat2an yang selalu kita gunakan.Simpan disatu tempat yang mudah untuk dijumpai.Jika boleh,sila istiharkan di imigresyen semasa memasukki negara tersebut kerana ia bagi memudahkan pemeriksaan. Semoga ia membantu anda yang baru pertama kali nak travel ke luar negara. Selamat Bercuti!! Pakej menarik ke Bukittinggi Padang 2014!! hubungi saya ditalian 0126665436 atau email: aziman68@gmail.com

No comments:

Post a Comment