Istana Basa Pagaruyung

Istana Basa Pagaruyung
Hubungi kami 0126665436 untuk bersama merasai keindahan Ranah Minangkabau

Thursday, 5 February 2015

PERBEZAAN PRIVATE TOUR DAN SIC TOUR.


Disini kami nak kongsikan sedikit info perbezaan PRIVATE TOUR dan SIC TOUR. Semoga dengan sedikit penerangan ini dapat memastikan anda yang ingin menempah pakej pelancongan dapat memahami dan tidak keliru dengan tawaran2 yang di terima.

 

Maksud SIC Tour.

Seat in Coach dalam industri pelancongan bermaksud ketika seseorang bergabung dengan orang lain dalam suatu tour yang sama sehingga harga tour tersebut boleh  lebih murah daripada Private Tour atau tour perorangan/pribadi.

Seat in Coach kebiasaan nya adalah cara bagi Travel Agent membuat pakej tour supaya harga menjadi lebih murah. Dalam paket tour ini sebuah kenderaan akan di gunakan dan seorang tour guide akan menjemput pelancong yang berbeza kumpulan dan  bergabung dalam suatu group atau rombongan sebelum suatu tour dimulai. Setelah itu pelancong ini secara bersama-sama mengunjungi objek-objek wisata yang telah ditentukan sebelumnya.

Sebelum para pelancong ini dijemput di airport. biasanya pihak Travel Agent atau Guide yang disediakan oleh pihak Travel Agent sudah menghubungi mereka untuk memastikan tarikh dan waktu ketibaan masing-masing.

Selain itu, walaupun seat coach ini digambarkan sebagai sebuah tour yang lebih murah namun tidak fleksibel daripada Tour Perorangan/pribadi, tetapi melalui seat in coach ini kemungkinan pelancong akan mendapat teman baru yang datang dari negara lain.

 

Apa itu Private Tour ?

Paket Private Tour adalah paket tour yang di peruntukan bagi anda yang tidak ingin tour dengan customer lain, karena private tour ini hanya di khususkan untuk anda sendiri atau sekeluarga atau bersama teman2 yang ingin bersama2 ikut tour.

Pada Open tour kami, biasanya jadual sudah di tentukan tarikh keberangkatannya. Namun dengan Paket Private Tour ini anda bisa menentukkan sendiri jadual keberangkatan yang bisa anda pilih sendiri, setelah menentukan jadual, konfirmasikan ke kami, kemudian di lakukan pembayaran, dan langsung berangkat pada jadual yang di pilih.Jumlah peserta adalah terpulang pada anda sendiri kerana hanya group anda sahaja yang kami bawa.

Semoga dengan penerangan ini akan memberi sedikit info bagaimana harga pakej berbeza antara satu sama lain